Saturday, January 30, 2016

Kelemahan Calon Menjawab Kertas 2

KELEMAHAN JAWAPAN CALON KERTAS 2
1.    Tidak mengikut arahan soalan dan memahami kehendak soalan.

Contoh:
Namakan dua jenis tanaman dagangan yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.  [2 markah]

i.              Getah
ii.             Bijih Timah  (bijih timah bukan tanaman dagangan)

2.    Skop jawapan tidak mengikut peruntukan markah.

Contoh:

(a)   Jelaskan maksud imperialisme.        [4 markah]
(b)   Jelaskan ciri-ciri birokrasi Barat di Asia Tenggara. [8 markah]
(c)   Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan imperialisme Barat di Asia Tenggara. [8 markah]
Pelajar menulis 5 isi soalan a. Tetapi soalan b hanya 5 isi dan soalan c hanya 4 isi. – (Calon tersebut tidak akan dapat markah maksimum jika menulis cara begini).

1.    Fakta sejarah tidak tepat.
Contoh:
·         Malaysia telah berjaya ditubuh pada tahun 1969  (Calon salah fakta)
·         Malaysia telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1963. (Fakta tepat)


2.    Kesalahan teknik penulisan
Contoh:
i.              Ayat tergantung

·         Menjalankan kegiatan perdagangan dan kelautan. Kemudahan asas turut disediakan sepeti pelabuhan dan gudang.
(calon tidak menulis jenis kerajaan iaitu Kerajaan Maritim) 

ii.             Menulis secara ‘point form’

·         - strategik
- pelabuhan entreport
- perdagangan
- kerajaan Srivijaya
(calon tidak menulis ayat yang lengkap tentang ciri-ciri Kerajaan Maritim)

iii.            Ejaan salah (membawa makna lain)

·         Kedah menghantar mufti ke Siam.

 (Calon tersalah menulis perkataan Ufti menjadi mufti)

i.              Membina jadual

·         Soalan bezakan ciri-ciri Adat Perpatih dengan Adat Temenggong
ADAT PERPATIH
ADAT TEMENGGONG
Utamakan perempuan
Utamakan lelaki
Pentadbiran demokratik
Pentadbiran autokratik
Hukuman bersifat pemulihan
Hukuman bersifat pembalasan
Berkahwin suku yang lain
Berkahwin selagi dibenarkan syarak

(calon tidak menulis dalam bentuk esei)

1.    Tulisan yang sukar dibaca.

(calon menulis dengan huruf yang terlalu kecil atau menggunakan ringkasan (bahasa SMS), akibat kecuaian seperti skrip jawapan terkena air, banyak kesilapan dan sebagainya)


2.    Nombor soalan tersalah atau tidak ditulis.


3.    Helaian tambahan tidak diikat dengan kemas.

Teknik Menjawab Kertas 2 Sejarah SPM

TEKNIK  MENJAWAB KERTAS 2
Soalan Bahagian A (Struktur)
1.    Baca dan fahami soalan serta jawab semua soalan di bahagian A (4 soalan)
2.    Fahami bahan ransangan (stimulus) dalam bentuk rajah, pernyataan, dialog, gambar dan sebagainya.
3.    Kenal pasti kata kunci soalan dan topik sejarah yang disoal.
4.    Lazimnya soalan 1 dan 2 adalah dari sejarah tingkatan 4. Manakala soalan 3 dan 4 dari seajarah tingkatan 5.
5.    Kemukakan jawapan yang padat dan tepat serta jumlah jawapan yang mencukupi seperti mana yang dikehendaki.
6.    Jawab soalan yang senang dahulu dan semak jawapan anda.
7.    Sebolehnya jangan biarkan ruang jawapan kosong bagi setiap pecahan soalan.
8.    Tulis dengan kemas dan elakkan menggunakan singkatan perkataan.

9.    Masa menjawab bagi satu soalan ialah 15 minit.


Soalan Bahagian B (Esei)

1.    Baca dengan teliti semua soalan dan fahami apa kehendak soalan.
2.    Ingatan: Mulai tahun 2013 sebanyak 7 soalan esei disediakan dan calon dikehendaki menjawab 3 soalan sahaja yang dipilih.
3.    Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei.
4.    Pilihlah soalan yang mudah dijawab dan calon menguasai isi jawapan soalan tersebut.
5.    Kenal pasti kata kunci soalan dan buat rangka jawapan
6.    Tulislah jawapan soalan yang mudah dahulu dan jangan tulis pendahuluan dan kesimpulan.
7.    Elakkan membina ayat yang tergantung, dalam bentuk rajah dan catatan ringkas.
8.    Semak jawapan anda dan pasti nombor soalan ditulis
9.    Uruskan masa dengan baik. Anggaran masa yang digunakan untuk menghasilkan jawapan bagi satu soalan esei sehingga siap disemak semula ialah 30 minit .
Markah  diperuntukkan 1 fakta ialah 1 markah, 1 huraian 1 markah dan 1 contoh 1 markah

Teknik Menjawab Kertas 1 SPM

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1
1.    Baca dengan teliti dan fahamkan soalan dengan memberi perhatian  kepada kata kunci soalan.
2.    Bagi soalan yang mudah pilih jawapan tepat dan abaikan jawapan perangkap dan jawapan pengganggu.
3.    Bagi soalan yang sukar, baca dengan teliti pilihan jawapan dan singkirkan perangkap jawapan hingga tinggal jawapan yang paling dirasakan betul.
4.    Kenal pasti fakta kurang tepat dan tidak penting bagi penganggu jawapan.
5.    Jawab soalan yang mudah dahulu, tandakan soalan yang sukar dan jawab kemudian.
6.    Hati-hati memindahkan jawapan ke dalam borang OMR dengan menghitamkan  pilihan jawapan selari dengan nombor soalan.
7.    Masa menjawab satu soalan ialah 1 setengah minit sahaja.
8.    Peruntukan masa yang mencukupi untuk menyemak pilihan jawapan  dan borang jawapan OMR.

9.    Dinasihatkan agar calon tidak menyemak jawapan yang telah ditanda di kertas soalan dengan rakan-rakan setelah selesai menghantar kertas jawapan.

Fortmat Kertas SEJARAH SPM

FORMAT PENTAKSIRAN SEJARAH 2013

Bentuk Instrumen
Kertas 1
(1249/1)
Kertas 2
(1249/2)
Kertas 3
(1249/3)
Jenis Instrumen
Objektif / Aneka Pilihan
Subjektif
(Struktur & Esei)
Tugasan
(Open Book Test)

Bilangan Soalan & Jumlah Markah
40 soalan


Jumlah markah: 40 markah
Bahagian A: 4 soalan struktur wajib jawab semua
(satu soalan 10 markah)

Bahagian B: 7 soalan esei jawab 3 sahaja.
(satu soalan 20 markah)

Jumlah markah: 100 markah
1 soalan (tugasan)

Nota:
Tajuk/ tema tugasan diberi awal sebulan.

Tugasan utama dan panduan menjawab diberi semasa hari peperiksaan

Jumlah markah:
100 mrkah
Wajaran
30%
50%
20%
Tempoh Ujian
1 jam
2 jam 30 minit
3 jam

Wednesday, January 20, 2016

Bimbingan SPM Sejarah


Evolusi senjata dalam era zaman Pra-sejarah.