KELEMAHAN JAWAPAN CALON KERTAS 2
1. Tidak mengikut arahan soalan dan memahami kehendak soalan.
Contoh:
Namakan dua jenis tanaman dagangan
yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu. [2 markah]
i.
Getah
ii.
Bijih Timah (bijih timah bukan tanaman dagangan)
2. Skop jawapan tidak mengikut peruntukan markah.
Contoh:
(a) Jelaskan maksud imperialisme. [4 markah]
(b) Jelaskan ciri-ciri birokrasi Barat di
Asia Tenggara. [8 markah]
(c) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan
imperialisme Barat di Asia Tenggara. [8 markah]
Pelajar
menulis 5 isi soalan a. Tetapi soalan b hanya 5 isi dan soalan c
hanya 4 isi. – (Calon tersebut tidak akan dapat markah maksimum jika menulis
cara begini).
1. Fakta sejarah tidak tepat.
Contoh:
·
Malaysia
telah berjaya ditubuh pada tahun 1969 (Calon
salah fakta)
·
Malaysia
telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1963. (Fakta tepat)
2. Kesalahan teknik penulisan
Contoh:
i.
Ayat
tergantung
·
Menjalankan
kegiatan perdagangan dan kelautan. Kemudahan asas turut disediakan sepeti
pelabuhan dan gudang.
(calon
tidak menulis jenis kerajaan iaitu Kerajaan Maritim)
ii.
Menulis
secara ‘point form’
·
-
strategik
-
pelabuhan entreport
-
perdagangan
- kerajaan
Srivijaya
(calon
tidak menulis ayat yang lengkap tentang ciri-ciri Kerajaan Maritim)
iii.
Ejaan
salah (membawa makna lain)
·
Kedah
menghantar mufti ke Siam.
(Calon tersalah menulis perkataan Ufti
menjadi mufti)
i.
Membina
jadual
·
Soalan
bezakan ciri-ciri Adat Perpatih dengan Adat Temenggong
ADAT
PERPATIH
|
ADAT
TEMENGGONG
|
Utamakan
perempuan
|
Utamakan
lelaki
|
Pentadbiran
demokratik
|
Pentadbiran
autokratik
|
Hukuman
bersifat pemulihan
|
Hukuman
bersifat pembalasan
|
Berkahwin
suku yang lain
|
Berkahwin
selagi dibenarkan syarak
|
(calon tidak menulis dalam bentuk esei)
1. Tulisan yang sukar dibaca.
(calon menulis dengan huruf yang terlalu kecil atau menggunakan
ringkasan (bahasa SMS), akibat kecuaian seperti skrip jawapan terkena air,
banyak kesilapan dan sebagainya)
2. Nombor soalan tersalah atau tidak ditulis.
3. Helaian tambahan tidak diikat dengan kemas.
No comments:
Post a Comment