TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1
1. Baca dengan teliti dan fahamkan soalan dengan memberi
perhatian kepada kata kunci soalan.
2. Bagi soalan yang mudah pilih jawapan tepat dan abaikan jawapan
perangkap dan jawapan pengganggu.
3. Bagi soalan yang sukar, baca dengan teliti pilihan jawapan dan
singkirkan perangkap jawapan hingga tinggal jawapan yang paling dirasakan
betul.
4. Kenal pasti fakta kurang tepat dan tidak penting bagi penganggu
jawapan.
5. Jawab soalan yang mudah dahulu, tandakan soalan yang sukar dan
jawab kemudian.
6. Hati-hati memindahkan jawapan ke dalam borang OMR dengan
menghitamkan pilihan jawapan selari
dengan nombor soalan.
7. Masa menjawab satu soalan ialah 1 setengah minit sahaja.
8. Peruntukan masa yang mencukupi untuk menyemak pilihan jawapan dan borang jawapan OMR.
9. Dinasihatkan agar calon tidak menyemak jawapan yang telah ditanda
di kertas soalan dengan rakan-rakan setelah selesai menghantar kertas jawapan.
No comments:
Post a Comment