TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2
Soalan Bahagian A (Struktur)
1. Baca dan fahami soalan serta jawab semua soalan di bahagian A (4
soalan)
2. Fahami bahan ransangan (stimulus) dalam bentuk rajah, pernyataan,
dialog, gambar dan sebagainya.
3. Kenal pasti kata kunci soalan dan topik sejarah yang disoal.
4. Lazimnya soalan 1 dan 2 adalah dari sejarah tingkatan 4. Manakala
soalan 3 dan 4 dari seajarah tingkatan 5.
5. Kemukakan jawapan yang padat dan tepat serta jumlah jawapan yang
mencukupi seperti mana yang dikehendaki.
6. Jawab soalan yang senang dahulu dan semak jawapan anda.
7. Sebolehnya jangan biarkan ruang jawapan kosong bagi setiap pecahan
soalan.
8. Tulis dengan kemas dan elakkan menggunakan singkatan perkataan.
9. Masa menjawab bagi satu soalan ialah 15 minit.
Soalan Bahagian B (Esei)
1.
Baca dengan teliti semua soalan dan
fahami apa kehendak soalan.
2.
Ingatan: Mulai tahun 2013 sebanyak 7 soalan esei disediakan dan calon
dikehendaki menjawab 3 soalan sahaja yang dipilih.
3.
Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk
esei.
4.
Pilihlah soalan yang mudah dijawab dan
calon menguasai isi jawapan soalan tersebut.
5.
Kenal pasti kata kunci soalan dan buat
rangka jawapan
6.
Tulislah jawapan soalan yang mudah dahulu
dan jangan tulis pendahuluan dan kesimpulan.
7.
Elakkan membina ayat yang tergantung,
dalam bentuk rajah dan catatan ringkas.
8.
Semak jawapan anda dan pasti nombor
soalan ditulis
9.
Uruskan masa dengan baik. Anggaran masa
yang digunakan untuk menghasilkan jawapan bagi satu soalan esei sehingga siap
disemak semula ialah 30 minit .
Markah diperuntukkan 1 fakta ialah 1 markah, 1
huraian 1 markah dan 1 contoh 1 markah
kalau kita bagi 2 huraian untuk satu fakta dapat dua markah ka??
ReplyDeleteTidak wlaupun bnyak huraian and contoh itu smua ttap kira i markah so fakta mesti mau tulis bnyak
ReplyDeletekalau tulis dalam point je semua boleh tak ?? Ke kena buat essei jugak ??
ReplyDelete