Saturday, January 30, 2016

Teknik Menjawab Kertas 2 Sejarah SPM

TEKNIK  MENJAWAB KERTAS 2
Soalan Bahagian A (Struktur)
1.    Baca dan fahami soalan serta jawab semua soalan di bahagian A (4 soalan)
2.    Fahami bahan ransangan (stimulus) dalam bentuk rajah, pernyataan, dialog, gambar dan sebagainya.
3.    Kenal pasti kata kunci soalan dan topik sejarah yang disoal.
4.    Lazimnya soalan 1 dan 2 adalah dari sejarah tingkatan 4. Manakala soalan 3 dan 4 dari seajarah tingkatan 5.
5.    Kemukakan jawapan yang padat dan tepat serta jumlah jawapan yang mencukupi seperti mana yang dikehendaki.
6.    Jawab soalan yang senang dahulu dan semak jawapan anda.
7.    Sebolehnya jangan biarkan ruang jawapan kosong bagi setiap pecahan soalan.
8.    Tulis dengan kemas dan elakkan menggunakan singkatan perkataan.

9.    Masa menjawab bagi satu soalan ialah 15 minit.


Soalan Bahagian B (Esei)

1.    Baca dengan teliti semua soalan dan fahami apa kehendak soalan.
2.    Ingatan: Mulai tahun 2013 sebanyak 7 soalan esei disediakan dan calon dikehendaki menjawab 3 soalan sahaja yang dipilih.
3.    Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei.
4.    Pilihlah soalan yang mudah dijawab dan calon menguasai isi jawapan soalan tersebut.
5.    Kenal pasti kata kunci soalan dan buat rangka jawapan
6.    Tulislah jawapan soalan yang mudah dahulu dan jangan tulis pendahuluan dan kesimpulan.
7.    Elakkan membina ayat yang tergantung, dalam bentuk rajah dan catatan ringkas.
8.    Semak jawapan anda dan pasti nombor soalan ditulis
9.    Uruskan masa dengan baik. Anggaran masa yang digunakan untuk menghasilkan jawapan bagi satu soalan esei sehingga siap disemak semula ialah 30 minit .
Markah  diperuntukkan 1 fakta ialah 1 markah, 1 huraian 1 markah dan 1 contoh 1 markah

3 comments:

  1. kalau kita bagi 2 huraian untuk satu fakta dapat dua markah ka??

    ReplyDelete
  2. Tidak wlaupun bnyak huraian and contoh itu smua ttap kira i markah so fakta mesti mau tulis bnyak

    ReplyDelete
  3. kalau tulis dalam point je semua boleh tak ?? Ke kena buat essei jugak ??

    ReplyDelete